PIXIES

Tuesday, March 3, 2009

HERBALIFE


Herbalife HQ
satu set produk Herbalife untuk pengurusan berat badan dan kesihatan


Herbalife adalah pemimpin dalam membangunkan produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus, Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan penyediaan kepada kesihatan masa hadapan.

Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.

TENTANG HERBALIFE

Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat.

BAGAIMANA IA BERMULA

Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.

DIREKA SECARA SAINTIFIK KHUSUS UNTUK KEJAYAAN ANDA

Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.

PAKAR YANG ANDA BOLEH PERCAYA

Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standard yang ditentukan oleh industri pada masa kini.

SOKONGAN YANG ANDA BOLEH HARAPKAN

Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di melebihi 70 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.
-oNe-

0 comments:

 

HERBALIFE
Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template